Cerakah Hill :)

hey, lame tak menulis sesuatu di kotak blog, sebagai pelajar sekolah sibuk dengan pelbagai urusan plus urusan tak sepatutnya :) cerita dimulakan dengan cerita pergi lawatan sekolah di Bukit Cerakah, Shah Alam. menarik dan seronok. tapi, aku agak lewat pagi tu. semua pelajar sudah berada di dalam bas. aku? masih seronok berbual dengan papa tersayang di dalam kereta ( on the way ). sampai di hadapan sekolah, aku masih berbual sesuatu di dalam kereta, bergelak ketawa. tiba tiba, ada bunyi dikesan; oh? handphone. p'cok? nak apa laa ni? bising betul. Sambil mengomel sambil itu melambai lambai kereta papa yang mahu berlalu. telefon diangkat; pikaaaaaa! kau kat mane? uih, kuat nya suara. aku dengan selamba; kenapa? dia berkata separuh menjerit; orang da dalam bas dah weh, aku tergelak (tak risau lansung). aku pun terus la naik bas tu. tersenyum senyum menuju ke arah Nabella, berkata sesuatu. menoleh ke belakang; ehe? sorry la, lewat siket je :) mereka tersenyum, okay sahaja.

Dalam bas, tak tahu nak buat apa. Nabella khusyuk membaca komik. Oh ya, boleh dengar lagu. berbalas balas sms dengan seseorang sebentar,

Sampai di Bukit Cerakah, cuaca tak berapa baik. Hujan, semua bersemangat turun dari bas. berjalan bersama ke sana ke mari, gambar pertama diambil :) Hujan seakan memahami, berhenti turun dari awan. semua gembira (aku rasa laa..) Rumah Empat Musim, sedang bermusim panas. semua teruja macam lagu Ella tu. Masuk saja di rumah tu, wahhhhhhhhhh.. sejuk je :D ehey, best best.

Taman Kaktus, uuu.. merayau rayau ke sana ke sini di taman itu. Eh? kenapa dengan abang tu? berjeket keselamatan. baru lepas berkayak agaknya. mata abang tu melilau je. macam mencari sesuatu. " nampak klue tak? " dia bertanya. "warna apa?" Mya bertanya pula. "coklat. ishkk.. mane laa ni." rungut abang tu. kiteorang beramai ramai tolong abang tu mencari klue, boleh dikira kacak lah dia. Aku tolong juga dan tolong jawab pelbagai soalan yang dia tanya, dia senyum. aaaaa? jumpa jumpa. tapi, dia kata tu bukan klue yang dia cari, kesian. haha :) cikgu dah panggil, kiteorang kena pergi, bye abang! haha.

cerita ditutup :)