alahai.. sejarah.

Isnin, permulaan hari dalam seminggu. selalunya hari Isnin akan berjalan dengan tenang, tapi tidak pada isnin minggu ini. haha :) cikgu sejarah menyuruh semua orang membaca dan mengingati fakta fakta sejarah dalam bab negeri Johor dalam kelas Sejarah yang terakhir minggu lepas. Aku seperti biasa akan membaca juga tetapi ala kadar, waktu sejarah datang dengan cepat.

" semua orang dah baca buku? " ayat pertama yang keluar dari mulut cikgu selepas selesai memberi salam dan isyarat untuk semua murid duduk.

" dah.. eh, belum.. macam dah, sikit sikit " pelbagai riaksi yang ada.

Cikgu pun mula mencari beberapa orang mangsa, dan ketawa mula kedengaran disana sini kerana geli hati melihat aksi mangsa mangsa sejarah tersebut. haha.

tiba-tiba,

" ok, saya nak fahmi datang ke hadapan untuk ceritakan serba sedikit tentang Dato' Jaafar bin Muhammad ". Fahmi atau lebih dikenali sebagai Pem datang dengan langkah longlai ke hadapan. dia tersenyum senyum di hadapan kelas tidak berkata apa apa.

" awak tak baca buku ke? " tanya cikgu.

" tak,cikgu.." jawab Pem dengan selamba.

" ok, pilih seorang kawan perempuan awak untuk membantu awak. "

Pem tersenyum senyum, dia melihat beberapa orang. Aku biasa sahaja sebab dia macam mahu memilih Nabella. aku sempat menasihati Nabella; " habis la kau,weh. "

tiba-tiba,

" saya pilih Syafiqa cikgu, " kata Pem dan seisi kelas ketawa, ada yang bersyukur kerana tidak terpilih.

" baik, Syafiqa datang ke hadapan." cikgu mengarah.

" ceritakan yang awak tahu tentang Dato' Abdul Rahman Bin Andak ?" arah cikgu lagi.

" ha?? alamak.. saya tak ingat cikgu. " aku pun menjawab dengan jujur.

dan situasi yang sama berulang pada beberapa pelajar (mangsa,haha) yang lain.

" sekarang, kamu kena janji untuk baca buku sejarah "

" baiklah " kata aku dan para mangsa yang lain.

" saya berjanji... " kata cikgu sambil mengarahkan mangsa yang lain, ikut.

" saya... " (berjanji tidak disebut)

" akan baca buku sejarah "

" eh, ni taboleh janji ni. " kata aku. seisi kelas ketawa,
tidak boleh berjanji, terlampau susah untuk ditepati :)

" dan boleh jawab semua.. "

" semuuuu.. " mungkin dengan tidak menyebut perkataan dengan lengkap tidak dikira janji.

" soalan cikgu pada masa sejarah yang akan datang. "

" datang... " mempunyai maksud tersirat dan tersurat.

haha, kesimpulannya Sejarah memang perlu diingati :DD