sesi fotografi :)

Majalah sekolah pasti akan memuatkan gambar pelajar setiap kelas. Begitu juga dengan sekolah aku iaitu tempat aku menerima pelbagai ilmu :) beberapa hari yang lepas, sesi fotografi diadakan di sekolah, semua orang macam teruja termasuk kelas aku.Pelajar lelaki yang malas untuk bertali leher juga dilihat memakainya pada hari tersebut - tanda semangat ! . dengan ketinggian yang tak seberapa aku diarahkan untuk berdiri sama dengan tahun lepas, tapi kedudukan agak berbeza sedikit. kalau dapat duduk barisan hadapan, mesti akan dikenali. haha :D okay sahaja. dihadapan aku ada zaidi, macam macam betul dia tu , sekejap suruh tengok rambut.. sekejap suruh tengok songkok. aku seperti perunding imej bagi dia ( kami kawan baik ).

beberapa minit kemudian,
sesi fotografi diadakan :)
bosan bukan?