boys over flowers(:



mungkin kolum ni khas untuk Nabella yang sangat saya sayangi :) haha. akibat tahap cemburu yang makin kritikal suatu hari dulu, aku mengagahkan diri bukak astro kbsw, iaitu channel 303. menurut sumber yang aku selalu dengar, cerita ni adalah cerita kegemaran nabella. tapi, aku tidak pernah menontonnya. oleh itu, bila dia terlampau teruja mahu menceritakan balik cerita ini seperti orang ramai selalu buat. dia akan pergi meninggalkan aku terpinga-pinga seorang diri. kadang kala, dia begitu teruja menjelaskan betapa kacaknya hero dan betapa dramatiknya jalan cerita ini :)
tapi, aku selalu sangat buat muka blur. sebab tu dia memang seratus peratus tak berminat mahu berkongsi keterujaannya dengan aku. hahaha :D demi menjalankan tugas seorang kawan rapat, aku mengambil inisiatif untuk mengorbankan (haha) sedikit masa aku untuk menonton cerita ini. pada pandangan aku , cerita ini memang sangat menarik ! dan nabella boleh terus berkongsi keterujaannya dengan aku, tiada lah lagi kes cemburu yang memang tidak akan masuk mahkamah tu. :) haha.