matematik & macam macam

bosan. semalam, aku sampai awal dekat sekolah. tapi, aku lega sebab dah ada empat orang yang sampai sebelum aku, mungkin enam. aku tak berapa perasan.kalau tak, aku terpaksa bukak lampu dan melalui blok F seorang diri. uish, haha. aku masuk dengan tenang. sempat aku balas senyuman beberapa orang pelajar yang boleh dikira junior dekat sebelah kelas aku tuh :) semangat semacam. haha. kerja matematik aku tak siap lagi, tapi aku berperilaku seakan dah siap. selalunya, teacher tidak akan bertanya apa apa kerana beliau lebih suka menyemak buku latihan pelajar lelaki. mungkin, sebab itu aku tidak risau.haha :D

Masa matematik datang dengan cepat, mungkin perhimpunan tadi agak lama. aku tetap tak berapa perasan hal itu. seperti biasa, teacher nampak sangat ceria dan ghairah untuk mengajar. topik 'algebraic' adalah topik yang aku selalu susah nak beri perhatian bila teacher mengajar, bagilah cikgu apa pun even Rain sekali yang mengajar, tentu aku akan bosan.haha :) lepas memberi sedikit penerangan dan sedikit nota. teacher suruh semua menyalin nota tersebut. memang semua cikgu tak suka membazir masa! sambil menyalin nota, teacher berjalan menuju ke meja aku. langkahnya tenang dan aku tersenyum sambil berfikir apa tujuan teacher ke tempat aku.

"syafiqa, boleh teacher tengok latihan kamu." katanya lembut.aku tersenyum biasa.

"boleh kutt.."

teacher melihat semua latihan, dari riaksi muka teacher nampak okay. kemudian dia bertanya.

"ada tak siap apa-apa ke?"

aku tersenyum dan mengangguk.teacher turut tersenyum.

"kalau macam tu, bagi teacher tengok nota."

"hehe. nota saya lengkap, teacher!" kataku semangat.

teacher tersenyum dan sempat memuji kekemasan tulisanku, bangga. haha :) beliau juga mengingatkan aku supaya siapkan latihan. prestasi matematik aku akan naik bila aku rajin buat latihan. haha, kesimpulannya kadang kadang nasib aku baik. apa pun matematik memang sangat penting, taboleh lari dari algebraic. alahaii.. aku akan cuba buat aku suka dengan topik tu, haha. trimas juga kepada Nabella yang selalu buat aku faham dengan topik ni.
entri ini terlalu bosan untuk dibaca :D