fairy tale;)

Malam Khamis, hujan lebat tak berhenti turun.bermula pada maghrib sampailah pada pukul berapa aku tak pasti, tapi yang pastinya sampai tengah malam. Jumaat, pagi itu aku menghadirkan diri ke sekolah seperti biasa, awal sedikit. Sekolah nampak seperti biasa. tapi biasa itu tak seperti biasanya sebab pintu masuk sekolah ada banyak air, maksudnya lebih kurang banjir laa ;) Cikgu Edzuan sangat baik! beliau meletakkan batu bata dekat atas air tu, supaya semua orang boleh lalu terjengket-jengket atas batu melalui air. aku sempat mengucapkan terima kasih kepada cikgu dan tersenyum. tak cukup dengan itu, aku berjalan menuju ke kelas, eh? ada waterfall? haha. ada paip pecah berhampiran dengan kelas tapi benda tu dekat luar sekolah cuma berhampiran dengan blok kelas aku. menarik sangat! lepas letak beg sekolah, aku berdiri di luar kelas menanti classmate yang lain datang. Amira Khairi datang, aku senyum dan jerit jerit; miraaa.. happy birthday! hahaha :) dia macam biasa. tersenyum senyum, bangga la tu. Afiqah pun sama jerit perkataan yang sama tetapi dia ada adengan tambahan; siap peluk peluk lagi, aku tengok je. tak terlintas buat perkara yang sama. okay, belajar macam biasa.


Rehat, seperti biasa semua teruja. Berita gempar! koperasi banjir, tapi aku dan yang lain buat macam biasa. duduk duduk berborak dekat bangku biru menikmati pemandangan air yang banyak belum surut depan pintu masuk sekolah ;) tiba tiba, entah idea siapa entah, pergi menziarahi pakcik guard tu. beramai ramai pergi interview pakcik tu. pakcik tu memang berjiwa riang. dia beria-ria menjawab setiap soalan yang kami cipta. dia senyum. dia macam teruja je. terima kasih pakcik!


Okay sangat, lepas rehat tu aku mengajak kawan yang lain menjenguk paip pecah tu. eh, ada orang datang betulkan laa.. uish, kesian pakcik tu berbasah basah tahan air tu. hebat dan bertenaga pakcik tu. aku puji aku puji :) tiba-tiba, paip tu berhenti mengeluarkan air. aku tepuk tangan, terharu! semua orang ikut apa yang aku buat. Pakcik Air tu pulak bangga dengan usaha dia, dia angkat tangan tanda terima kasih agaknya, huhu. Hari yang menarik ! entri ini tamat.(title tiada kena mengena dengan cerita)