denda ! denda ! denda !

Jumaat,hari bermula dengan tenang. cuti percuma pada hari khamis dihabiskan dengan baik. macam biasa sebelum masuk ke kelas, akan melemparkan senyuman kepada beberapa pelajar yang boleh dikira junior. alahh..sedekah :D perhimpunan tidak lama tidak sekejap, aku tak berapa perasan hal itu. pelajaran bermula seperti biasa, matematik? algebraic dapat difahami sepenuhnya hari ini. waktu bahasa inggeris digantikan dengan mengunjungi library! semua bersorak- aktiviti wajib jika mahu pergi ke tempat yang penuh buku itu. Di library diarahkan membuat aktiviti sendiri serta membaca buku berbahasa inggeris. aku, Nabella, Wan, dan Najeha mengisi masa bermain roda impian cara kami :) ketawa dan ketawa. kiteorang beberapa kali ditegur oleh Syahmina- penolong kelas. tapi, macam buat tak endah. huhu. sebelum diarahkan keluar dari perpustakaan, Wan dipanggil oleh seorang cikgu. cikgu A ( namanya tak diketahui). cikgu itu meminta Wan memanggil seorang pelajar. Wan yang agak blur perwatakannya cuma mengangguk dan Nabella sangat teruja! kami berempat pergi mencari murid yang dikehendaki cikgu A. ya, berempat ! kiteorang sangat suka kerana dapat masuk kelas agak lambat . selesai arahan cikgu A. kami masuk kelas mata pelajaran Bahasa Melayu. Sidang kelas memberikan macam macam riaksi. cikgu Wan Khadijah berkata dengan nyaring separa menjerit;

" Kamu empat orang, berdiri ! jangan duduk ! "

seisi kelas ketawa. kami juga ketawa :)

" kenapa masuk lambat? kamu buat apa? "

" kiteorang tolong cikgu A " kata Najeha.

" tolong apa? sampai empat orang? "

" emm.. panggil budak kelas 3G tu." kata aku pula.

" syafiqa ! panggil budak sampai empat orang? "

" aah, " giliran Nabella bersuara.

" amboiii.. cikgu tu suruh siapa? "

" Wan Dania " kata aku, Nabella dan Najeha serentak. seisi kelas ketawa lagi.

" Wan Dania je? yang kamu bertiga ni buat apa? "

" tolong cakap. Wan maluu.. " sambung aku lagi.

" e'ehh. Nabella? awak buat apa? "

" tolong cakap jugak " Nabella menjawab.

" Najeha pun? eh, susah sangat ke nak panggil? Wan ? kenapa susah sangat nak cakap? "

" kiteorang kawan, cikgu. " Najeha memberi kenyataan.

" kamu berempat, saya denda ! "

" ha?? " kami berempat seakan tidak percaya.seisi kelas ketawa lagi dan lagi.

" pergi kutip sampah. tiga jenis setiap seorang. " arah cikgu Wan Khadijah.
aku dan Nabella berpandangan kemudian tersenyum.

sampai disini sahaja cerita dapat diceritakan. entri ini bosan. kadangkala denda sangat menarik :DD